assalammualaikum..di sini saya nak cerita sikit berdasarkan pengalaman saya..Pada mulanya saya rasa takut dengan subjek ini kerana tidak mempunyai idea untuk projek ini sehinggalah saya terjumpa sendiri pembekal kopiah sufi ini..Demi assignment saya perlulah mengambil masa untuk pergi meninjau sendiri proses pembuatan kopiah tersebut. Saya mula tertarik untuk membuat kopiah sufi ini kerana bentuknya yang unik dan kelihatan selesa apabila kaum adam memakainya termasuklah keluarga saya.Sebelum saya mengambil keputusan untuk ke Kelantan..Saya membuat temujanji dengan pakcik Rosli bin Ngah melalui telefon untuk memberitahu beliau bahawa saya ingin ke rumahnya untuk melihat sendiri proses membuat kopiah.Apabila beliau bersetuju saya mengambil masa selama 2 hari di sana.ini peluang saya untuk menimba ilmu yang baru dan mendapat pengalaman yang amat berharga.Kebetulan ketika hendak minta izin dari abah saya sendiri, abah saya berada di Kelantan ketika itu.Ini dapat memudahkan sedikit kerja saya kerana abah boleh menghantar saya ke rumah pakcik tersebut.Sambil buat assignment sambil jumpa abah kan best tuu..hehe..Apabila tiba di rumah pakcik Rosli bin Ngah atau lebih dikenali sebagai 'pokli' ini, beliau merupakan seorang yang peramah,kreatif,dan mudah untuk berkongsi pengalaman beliau dalam membuat kopiah selama 10 tahun ini.Saya tidak membuang masa ketika berada di sana kerana setiap pembuatan kopiah tersebut amat bernilai bagi saya.Saya seronok melihat proses dan saya mengambil peluang ini untuk mencuba sendiri.Ianya amat menarik dan saya ingin mengkormersialkan Kopiah sufi ini mengikut material kain yang saya pilih sendiri.
No comments:
Post a Comment