assalammualaikum semua..minggu ni saya masih tidak berpeluang untuk pergi ke Kelantan melawat ke tempat pembuatan kopiah sufi kerana mengalami kesempitan waktu untuk ke sana. Tetapi saya akan berusaha untuk sampai ke sana pada minggu akan datang untuk melihat proses pembuatan kopiah sufi itu sendiri. sebenarnya saya pun tak sabar nak tengok sendiri proses pembuatan kopiah..hmmmm..mesti menarik kan explore benda baru yang unik itu.
Antara contoh kopiah sufi.Material yang digunakan ialah celoreng bundle yang dipotong dan diubahsuai menjadi kopiah yang terkenal dikalangan askar.
Inilah pakcik Rosli bin Ngah yang terkenal dengan gelaran 'pokli' yang berpengalaman membuat kopiah selama 10 tahun.Mengikut ceritanya,beliau membuat kopiah tersebut untuk dipakai sendiri dan tidak berniat untuk menjadi pembekal kopiah tersebut tetapi setelah mendapat permintaan ramai beliau menjadikan ini sebagai peluang beliau untuk mengkormesialkan kopiah buatannya sendiri.
Antara bentuk Kopiah yang terkenal mengikut citarasa pelanggan.